Thursday, May 5, 2011

Air Dicincang Tidak Akan Putus......


Air dicincang tidak akan putus...itulah istilah yang sering digunakan dalam hubungan adik-beradik...tapi masih relevankah istilah itu dalam dunia yang semakin gilakan materialistik ini? Adakah hubungan itu masih kekal dipertahankan atau telah tergadai dengan nilai kebendaan? Kerana harta, kita mungkin hilang saudara...kerana harta, kita mungkin juga hilang nilai kemanusiaaan...kerana harta, kita mungkin juga akan hilang segala2nya....

Hebat sangatkah nilai kebendaan ini....atau kita yang terlalu bodoh untuk membezakan kekayaan dan kemanusiaan....? Ya, memang benar harta itu penting untuk kesenangan dan keselesaan hidup di atas muka bumi ini...tetapi....harta tidak boleh mengusung jasad yang kaku untuk ke pintu kubur....dan tidak juga mampu untuk mendoakan kebahagiaan kita di alam sana....Maka, harta itu bukanlah segala2nya untuk kita...kita boleh mencarinya untuk keselesaan tapi bukan untuk menjadi hambanya...

Berbalik pada istilah di atas...adakah benar air yang itu dicincang itu tidak akan pernah putus? Jawapannya ya...air yang dicincang pasti akan terputus dengan kehendak tuan empunya badan dengan pelbagai cara...sama ada dengan menutup sumber air, menambak, atau menukar laluan ke arah yang lain....itulah perumpamaan yang boleh kita gunakan untuk memutuskan air walau bukan dengan cara menyincangnya...Adakalanya manusia akan hilang pertimbangan dan juga pedoman...rela menunduk dan menyembah harta yang menjadi rebutan seisi dunia...harta tidak pernah kejam tetapi kitalah yang sentiasa menzalimi diri sendiri...

Ingatlah....dengan harta kita boleh ke syurga...dan...kerana harta juga kita bakal terhumban ke neraka....carilah harta dengn berpada2...jangan sesekali menghantar diri ke lembah kehancuran kerana harta yang kita gila2kan....

Sayangilah hubungan kekeluargaan yang kita miliki hari ini....kerana itulah harta yang sesungguhnya...kurniaan Tuhan kepada kita insan yang tiada tolok bandingnya....tidak mampu dibeli dengan limpahan harta...kerana kita hanyalah seorang hamba dari Pencipta Yang Maha Kaya...Tuhan adalah pemilik segala2nya....